welcome sakura

Wednesday, October 22, 2014

Mengenang Zaman Knk2

org kata barang yg lepas jgn dikenang..tp diri x dpt nk menghalang fikiran ini dr mengenang zaman knk2 yg boleh dikatakan cukup ohsem..byk yg memberikan pengajaran pd diri ini dewasa ini...zmn dlu2 x de gadjet2 canggih mcm hr ni...smua jnis hiburan pd zmn dulu adalah lebih berbentuk 'self-created' ataupn dgn kata lain direka sendiri mengikut kreativiti msing2...meluncur guna daun pelepah nyior, berenang dalam tali air...permainan yg penuh cabaran ataupn omputih panggil 'adventure'...bila dikenang semula,mmg sgt seronok pd zmn itu...dpt menikmati keindahn alam sekitar disamping mengumpul kenangan & jgk menghiburkan diri sendiri bersama2 rakan sebaya...dilihat pd zmn kini,smua itu dh x de dh...alam sekitar pn dh x seindah dulu lg dh...betul la org kata zmn dh berubah...sama ada berubah ke arah yg lebih baik mahupn sebaliknya,kita sendiri lah yg nilai..ini salah satu sbb knapa ungkapan 'brg yg lps jgn dikenang', tp pd waktu2 tertntu adalh penting utk kita menoleh ke belakang sekjp bg melihat & merenung kembali apa yg masa silam kita dh ajar pd kita agar kita tidak lg buat perkara/kesalahan yg sama...masa silam kita jgk boleh jd satu bntuk dorongan utk diri kita...melentur buluh biarlah dr rebungnya...didiklah ank2 di usia yg awal lg agar kelak kita x akan menyesal..ank2 adalah amanah & aset penting utk kita..
*gmbr adalah hiasan semata2

Monday, September 22, 2014

My New Life,Career Life ^~^

wah! pejam celik, pejam celik dh pn tamat dunia pengajian ijazah sy yg amik msa 3 tahun...woah...rasa mcm x percaya je...bila tgk blik blog ni (yg mna dh brthun-thun dh x xtive;pnuh sarang labah2) rasa nostalgik sngt...tiba2 terdetik di hati kecil ni bahawa aku belum betul2 mengenali dunia ini..sepanjang tempoh 3 tahun pengajian ijazah ku di salah sebuah IPTA, bermcm-mcm mehnah dan tribulasi yg aku tempuhi;suka,duka,pahit,manis,yg ingin dikenang,yg ingin dilupakan,semuanya ada..but overall it is really fun and awesome experience that should and need to be faced by all...terima kasih kpd smua experince tu,sy jd siapa sy pd hr ni...so skrg i am focusing on my new life...my career life(which not yet started for the mean time) yg akan mempunyai pelbagai cabran dan halangan yg lebih ekstrem dan mencabar...tp itu lah kehidupan, dimana cabaran dan halangan itu adalah rempah dlm hidup...i've got to be strong...FIGHTING~~~

Saturday, February 19, 2011

Gangguan Seksual Lelaki terhadap Wanita....


Hmmm....bila terdengar perkara yg mcm ni bnyk bnda yg terlintas kt benak fikiran ni contohnya,"mcm mna bnda ni blh berlaku?""salah siapa?""x de ke jln penyelesaiannya?"...
X lain x bkn jwpn utk smua persoalan ini adalah WANITA itu sendiri... kenapa sy menyatakan begitu?...kerana WANITAlah punca utama mslh ini...Mereka dgn sewenang-wenangnya mendedahkan aurat mrka tnpa rsa sgn silu malah berbangga dgn perbuatab mrka bahkan mrka ini berkumba-lumba utk saling mendedahkan segala-galanya...Lelaki yg kuat mcm mna pn imannya kalau dah 24/7 didedahakn dgn bnda2 mcm ni mna x tergodanya... Tp kaum HAWA ini pula dgn senang-lenangnya menyalahkan kaum ADAM 100% tp langsung x cermin diri dan muhasabah diri... walaupun sy sndri adalah wanita tp sy sndri jgk turut rsa bimbang apabila melihat kaum sejenis sy mendedahkan apa yg x patut didedahkan oleh mereka..Padahal syariat Islam telah meletakkan garis2 panduannya dalam berpakaian bg wanita...Ingatlah wahai wanita sesungguhnya kaum kitalah paling mudah msuk syurga dan kaum kita jugalah yg paling ramai menghuni NERAKA....Kita hidup bkn utk selamanya...
Apabila sy mengemukakan kenyataan yg begini mulalah yg mempersoalkan,"Kenapa dia yg bertudung litup,berbaju kurung pn kena r***l?"...bg menjwb persoalan mcm ni sy suka gna perumpamaan ini... lelaki ibarat kucing manakala wanita adalah ikan...
kucing apabila dah terbiasa dgn ikan yg selalu didedahkan oleh tuannya tanpa bertudung pd stp kalinya apabila dah ditudung pd msa lainnya,kucing itu akan usahakan bermcm-mcm ikhtiar bg dia dpt mkn ikan yg bertudung itu kerana dia thu dibwh tudung itu terdpt ikan yg biasanya didedahkan begitu shj pd seblm ini dgn menggunakan deria baunya....begitu jgklah perumpamaan lelaki dan wanita...
jd disini sy menyeru smua kaum HAWA jgalah diri utk jga org lain...besar pahalanya...

Thursday, February 17, 2011

assalamualaikum w.b.k.t
lama dah rasenyer x aktif kt blog ni..
kt cni nk share serba sedikit my first experience ever...
pd 22 Januari yg lepas sy tlh dimsukkn ke dalam wad sebab disyaki appendiks... selepas beberapa org dktr dtg check maka betullah andaian mrka yg sy tlh diserang appendiks dan perlu dibedah...
pada keesokannya sy sepatutnya dibedah tp terlalu bnyk kes kecemasan yg lain operation sy terpaksa ditangguhkan kpd keeseokannya plak...
Tanggal 24 Januari,tiba la detik yg penuh dbrn bg sy....mse tu mcm2 yg terlintas kt benak fikiran...adakah ini mungkin kali terakhir ku? jika bnr ini hari terakhirku apa yg ku nk bwk ke alam sna?...bila dh dtg pemikiran yg mcm tue rse tkut plak nk bdh... tp sy beranikn diri ini dgn mengatakn pad diri,"ini adalah sebhgn dr ujian Allah utk diri ini.."
Alhamdulillah,pembedahan tu berjaya dan diri ini masih lg bernyawa dan dapat teruskn hidup sebagai hambaNya... Mudah-mudahan sy dpt terus menjadi hamba Allah yg lebih baik dari diri sy yg sebelum ini....
Mudah-mudahan jgk luka dan sakit ini cepat sembuh agar dpt meneruskan segala tugasan harian sy pd skala A1... Amin...
Monday, June 30, 2008
Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati

Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia



DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.

Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.

Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.

Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana sudah kembali kepada Allah seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang menyeksa kepada orang disayangi.

Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tidak kira sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, diseksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan di khalayak ramai.

Menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.

Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.

Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah. Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud: "Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka." (Surah al-Tur, ayat 27)

Dan menangis pula ketika membaca ayat Allah yang bermaksud: "Jika Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maidah, ayat 118)

Saidina Umar al-Khatab berkata: "Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya kalian semua masuk syurga, kecuali seorang. Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku." Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku belum pernah melihat sesuatu yang boleh menyebabkan orang yang tidur terbangun lantas lari daripada satu ancaman seperti ancaman neraka." (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah, ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta perlindungan daripada azab neraka. Tetapi manusia yang lalai sudah melepaskan peluang keemasan itu untuk sekadar menikmati mimpi yang sebenarnya tidak dapat memuaskan hati.

Untuk mencapai darjat iman yang tinggi seperti sahabat Rasulullah SAW, tentu banyak rintangan yang harus dihadapi. Malas dan leka dengan permainan serta hiburan membuat hati manusia keras, ditambah lagi kurangnya ilmu, penghayatan mengenai jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Kesibukan memuaskan nafsu syahwat terlalu mengganggu kekhusyukan hati. Akhirnya kelalaian itu menjadi kebiasaan, bagi yang sudah terbiasa akhirnya bukan menjadi suatu keaiban lagi selepasnya. Semakin lama dirinya semakin tenggelam kealpaan. Bahawa kita perlukan pertolongan Allah kerana hanya Allah yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada kejahatan dirinya sendiri.

Allah berfirman menerusi lisan Nabi Yusuf yang bermaksud: "Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku." (Surah Yusuf, ayat 53)

Apabila nafsu sentiasa menyuruh berbuat maksiat, lalai dan menunda amal maka keraslah hati dan keringlah mata daripada air mata taubat. Jika berdiri untuk sembahyang, akalnya menjelajah hingga ke seluruh ruang pemikiran yang terpendam dalam memorinya. Barang yang hilang pun boleh diingat di manakah tempat menyimpannya.

Maka terbukti sembahyangnya kosong, hatinya hampa, fikirannya tidak menumpu kepada kebesaran dan keagungan Allah. Bagaimanakah matanya boleh menangis, hatinya boleh takut dan akalnya boleh tunduk di hadapan Maha Pencipta?

Begitu juga ketika membaca ayat al-Quran, ia hanya semata-mata untuk pahala, kerana ilmunya belum sampai kepada penghayatan yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran. Padahal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami." (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya'la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)

Rasulullah SAW pernah meminta Abdullah bin Mas'ud untuk membacakan al-Quran kepada Baginda. Beliau membaca awal surah al-Nisa hingga ke ayat 41 dan beliau melihat Rasulullah SAW menitiskan air mata.

Abdullah bin al-Syakir berkata: "Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan." (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?

Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah. Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.

Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main. Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. Dan yang kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.

Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.

Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi!

Posted by Dr Juanda Jaya at 9:37 AM

P/S:mudahan-,udahan post ini dapat memberi seribu keinsafan pada diri ini. Amin...

Monday, November 15, 2010

i'm reactivating my blog....

hahahaha....now i am in my semester leave...my overall experience is that i have to bear all the hardships alone and strongly as i am the one and the only in their age group of 20s....(sigh..)but that is all do not matter becoz i am still alive...as long as i am thinking positively and keep moving forward, i am able to survive in any kind of situations and conditions....hahaha....hukhuk...i am me and i can't change that....

Friday, January 15, 2010

Cinta Dua Dunia

em...ape pndpt semua ttg percintaan dua dunia? dua dunia yg sy mksdkn kt cni ialah dua org yg dtg dr dua latar belakng yg berbeza, sorg artis manakala yg lg satu ialah peminat artis itu...adakah dua org ini boleh bersma?atau ia hnya akn kekal sbg dongeng shj? satu lg yg biasa berlaku..cinta antara dua insan yg dtg dr dua negara yg berbeza..adakah diorg dpt adaptasi dgn budaya satu sma lain?bolehkah keluarga kedua-duanya menerima mereka?...